Kamis, 30 Juli 2015

Foto Mawar Rashid Dan Kekasih Berpelukan Atas Katil Dikecam

Peserta Dewi Remaja 2015, Mawar Rashid tidak pernah lekang dengan gosip ataupun kontroversi. Bermula dengan isu beliau dan GST kini beliau dikecam apabila memuat naik foto berpeluk sakan dengan kekasihnya di atas katil.
Foto tersebut telah disebarkan menerusi akaun Instagram miss_kepoh dimana ramai mengkritik beliau sehingga digelar Mawar maksiat (fuh makan dalam tu).
Kalau kata kurang cerdik nanti marah la pulak, tapi tolonglah “pandai” kan diri tu sikit dan janganlah seronok tekan butang upload dan akhirnya memuat naik foto yang boleh menimbulkan kontroversi. Dah banyak kes artis sebegini. Bila orang kutuk janganlah melenting pulak kalau memang berpunca daripada anda sendiri.

Rabu, 29 Juli 2015

Rumah Tangga Hanez Suraya Dilanda Masalah?


Baru-baru ini, Hanez Suraya memuat naik sekeping gambar di laman Instagram, mencetuskan tanda tanya, apakah pasangan itu sedang dilanda masalah?

Bagaimanapun, ketika dihubungi wartawan mStar Online, Hanez enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu.


"Tiada komen. Sekarang saya sudah bergelar sebagai isteri orang dan adalah tidak elok untuk saya ulas tentang perkara itu secara terbuka. Isu dan kontroversi bukanlah perkar ayang baru dalam karier saya. Dari pengalaman yang lalu, saya tidak mahu cepat melatah dan lebih baik saya ambil sikap berdiam diri.

"Apa yang orang ingin katakan tentang rumah tangga kami, biarlah," katanya yang tegas enggan memberikan komen lanjut, bimbang akan disalah tafsir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang akan menimbulkan masalah yang lain pula di kemudian hari.

Hanez Suraya kini dilaporkan telah hamil selama empat bulan. - THEHYPEMEDIA.COM

Senin, 27 Juli 2015

Foto HOT Anak Saudara Siti Nurhaliza Ini Secantik Nora Danish?


Khabarnya penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza mempunyai seorang anak saudara perempuan yang baru berusia 17 tahun namun memiliki kejelitaan amat mengancam.

Menurut fanpage facebook ohbulan, gadis berkenaan dikatakan secantik Nora Danish malah menenggelamkan kecomelan pelakon filem Bercinta itu. Benarkah dakwaan lawak ini?

Untuk peminat yang belum tahu, Nora Danish baru sahaja dinobatkan sebagai artis paling popular di laman Instagram mengalahkan beberapa selebriti wanita hebat lain seperti Neelofa, Erra Fazira, Nur Fathia dan Lisa Surihani. - Pasalartis.blogspot.com



Video Nora Danish Kena Cium Di Bontot



Video Nora Danish Kena Cium Di Bontot : Telah berlegar satu video mengenai Nora Danish yang dikhabarkan dicium di bontot oleh individu yang dikenali.Siapa individu tersebut?

Kalau lihat tajuk, memang suspen dibuatnya.Masakan tidak, berapa ramai peminat Nora Danish yang meletop ni.Video tersebut dikongsi  di Laman Facebook Nora Danish sendiri, tetapi video aksi itu dilakukan bersama-sama anaknya, Putra Rayqal.Kata orang, gurauan mesra di antara ibu dan anak.Lihat aksi mesra mereka berdua di video yang dikongsikan di bawah :

Apa respon anda dengan video aksi Nora Danish bersama anaknya ini?

P.S. Comel je Rayqal ketawa..terhibur lihat anak dan ibu saling bergurau..yang penting mereka berdua bahagia.


Minggu, 26 Juli 2015

Pegang Anjing & Patung Jesus, Agama Hasnul Rahmat Dipertikai


Melalui perkongsian gambar di Instagram milik pelakon Hasnul Rahmat, terdapat beberapa gambar yang mula dipertikai masyarakat apabila dia memuatnaik gambar memegang anjing dan juga patung Jesus di laman sosial itu.


Memetik beberapa komen di Instgram Miss Kepoh, ada yang menyifatkan Hasnul sebegai free thinker dan ada juga yang menyatakan perkara berkaitan agama tersebut diserahkan kepada Tuhan sahaja untuk menilai apa yang dilakukan oleh pelakon ini.

Apa pun, pastinya Hasnul yang juga merupakan pelakon yang cukup berbakat dalam mendalami watak ini mempunyai jawapan tersendiri dalam setiap perkara yang dilakukan dan dikongsikan kepada masyarakat.   - ROTIKAYA

Gambar Zul Ariffin Tumbuk Buah Ayda Jebat Tersebar



Gambar Zul Ariffin Tumbuk Buah Ayda Jebat Tersebar

Tak tahu la ayda rasa apa? sedap ke sakit.. huhuh

Aku cakap korang tak caya.. Ayda Jebat ni memang Gedik..

Baru 1 tahun berlakon da macam macam..

tgk foto last sekali tu huhu...







Zahida Rafik Dikecam Kerana Foto Seksi Tayang Peha Gebu


Fuh. Terbeliak juga mata kami bila melihat foto Zahida Rafik yang super seksi ni. Yelah, biasanya musim-musim raya ni kan kebanyakannya berpakaian sopan seperti berbaju kurung atau jubah.

Seperti yang kami jangka, foto tayang peha gebu ini mendapat kritikan netizen. Malah, wanita berbaju hitam yang didakwa berkahwin dengan seorang kerabat juga menerima kecaman netizen.

Kritikan di laman Instagram Zahida Rafik



Bagaimanapun, Zahida bertindak untuk tidak membalas komen-komen tersebut. Apapun, kita doakanlah yang terbaik kan? - Ohbulan

Sabtu, 25 Juli 2015

PANAS.. Peminat Berbalah Bila Puteri Balqis Berbikini

169
SEBAGAI negara yang mengamalkan adat timur, isu melibatkan selebriti wanita berpakaian seksi dan berbikini sememangnya cukup sensitif dan boleh menimbulkan kontroversi tertentu.
Namun, dalam banyak-banyak selebriti tempatan, tidak sangka pula kami pelakon cilik Puteri Balqis turut terpalit sama.
Peminat-Kecoh-Bila-Puteri-Balqis-Berbikini-ROTIKAYA20150725_5960
Hanya gara-gara berkongsi gambar berbikini ketika bermandi di laut, Puteri Balqis dikritik dan dikecam teruk kerana ada yang menganggap ianya terlampau seksi.
Malah, ada yang menyifatkan gambar tersebut boleh mengundang kegiatan pedofilia yang pernah berlaku kepada anak-anak selebriti terkenal sebelum ini.
Berikutan, ramai peminat berbalah dan memohon agar Puteri Balqis memadam gambarnya yang memakai bikini.
Peminat-Kecoh-Bila-Puteri-Balqis-Berbikini-ROTIKAYA_in
Namun, tidak kurang yang berpendapat tidak salah jika Puteri Balqis berpakaian sebegitu kerana usianya yang masih muda.
Apa-apa pun, bagi kami Islam tidak mengajar untuk bergaduh sesama sendiri apatah lagi menghina seseorang. Peminat sepatutnya memberi nasihat dengan cara betul dan lebih berhikmah kerana manusia sememangnya tidak lari daripada melakukan kesalahan.
– MYNEWSHUB.CC

Kamis, 23 Juli 2015

Gadis Cantik Ini Dihina Masyarakat Kerana Berhijab Selepas kemalangan Jalan Raya!



Cantikkan? 

Siapa yang cakap tak cantik memang rabunlah agaknya. Namun, individu yang dikenali dengan nama ‘Nur Sajat’ ini menerima kritikan netizen apabila dia yang didakwa sebagai ‘pondan’ ini mengenakan hijab selepas terlibat kemalangan.

Foto Nur Sajat terlibat kemalangan





Foto berhijab selepas kemalangan




Kritikan Netizen bila Nur Sajat berhijab



Biarlah aku nampak jahat…

sumber : Pilihan-anda.blogspot.com

9 Wanita Islam Terkaya Dan Tercantik Di Dunia Yang Anda Tak Tahu !!


1. Ameerah Al-Taweel, Arab Saudi

Puteri Arab Saudi, Ameera Al Taweel dilahirkan pada 6 November 1983. Beliau adalah isteri kepada Putera Al Waleed Bin Talal, salah seorang ahli keluarga diraja Arab Saudi.


Suaminya Al Waleed, ahli perniagaan berusia 58 tahun, disenaraikan sebagai lelaki ke-26 terkaya dunia oleh majalah Forbes dengan nilai bersih lebih daripada $20-25 bilion. Putera Al Waleed merupakan pengasas dan pemilik Kingdom Holding Company.


2. Lalla Salma, Maghribi

Puteri Lalla Salma dari Maghribi ini merupakan isteri kepada Raja Mohammed VI. Ibunya, seorang guru sekolah telah melahirkan Lalla pada 10 Mei 1978. Walaupun bergelar sebagai "The First Lady" beliau tetap mengekalkan sifat rendah diri.
   
Kekayaan suaminya, Raja Mohammed VI, 50 dianggarkan kira-kira sebanyak $2.5 bilion.

3. Rania Al Abdullah, Jordan

Permaisuri Jordan, Rania Al Abdullah dilahirkan pada 31 Ogos 1970 dan telah berkahwin dengan Putera Abdullah II. Suami beliau telah ditabalkan sebagai Raja Hashmite Kingdom of Jordan pada tahun 1999.
  
Walaupun Raja Abdullah tidak pernah mengiktiraf kekayaannya kepada umum, khabar angin mengatakan beliau telah menghabiskan lebih daripada satu bilion dalam pembuatan Taman Tema Star Trek sahaja. Majalah The Harpers dan Queen Magazine pernah menggelar Permaisuri Rania sebagai permaisuri tercantik pada tahun 2011.

4. Fathima Kulsum Zohar Godabari, Arab Saudi

 Fathima Kulsum kini secara rasmi menjadi Permaisuri Arab Saudi. Dia adalah isteri kepada Sheikh Avdi Al Muhammad. Dia dilahirkan di dalam antara keluarga paling kaya di dunia.
    
Fathima dikatakan jarang sekali mendedahkan wajahnya sebelum ini. Namun, kini gambar wajahnya didapati telah banyak terdapat di internet.

5. Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Brunei

Anak perempuan kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini dilahirkan pada 12 Mac 1980. Bapanya pernah disenaraikan sebagai orang paling kaya di dunia pada tahun 1997 oleh Forbes.

Sultan Hasanal Bolkiah memiliki sebuah kereta Rolls-Royce yang disalut dengan emas 24 karat serta memiliki sebanyak 7,000 kereta lain. Beliau juga memiliki kediaman diraja terbesar di dunia dengan mempunyai 1,700 bilik di dalam istana. Sultan Brunei membelanjakan sebanyak $20 juta pada perkahwinan anak perempuannya itu. Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah telah berkahwin dengan YAM Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini.

6. Sheikha Mozah Bint Nasser Al Missned, Qatar

Sheikha Mozah telah dilahirkan pada tahun 1959 dan merupakan isteri kedua daripada tiga isteri Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani.
    
Nilai bersih kekayaan Sheikh Hamad dianggarkan lebih daripada £7 bilion. Negara yang mempunyai rizab minyak dan gas asli yang luas, Qatar adalah antara negara-negara dengan pendapatan per kapita tertinggi di dunia.

7. Sheikha Maitha Binti Mohammed, Dubai

Sheikha Maitha dari Dubai dilahirkan pada 5 Mac1980. Dia merupakan anak perempuan kepada Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, Perdana Menteri serta Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan juga salah seorang raja berperlembagaan Dubai.
    
Sheika juga merupakan seorang atlet Taekwondo dan pernah memenangi pingat Perak pada Sukan Asia 2006 di Qatar. Kekayaan keluarganya dianggarkan lebih daripada $40 bilion.

8. Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Brunei

Anak keempat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini dilahirkan pada 16 Mac 1976. Puteri Majeedah, ibu kepada seorang anak lelaki, telah berkahwin dengan Khairul Khalil, seorang Pembantu Pegawai Eksekutif di Pejabat Perdana Menteri. Mereka berkahwin pada Jun 2007.
   
Bapa Majeedah, Sultan Brunei adalah antara orang yang paling kaya di dunia dan sangat gemar pada emas.

9. Sheikha Hanadi Bint Nasser Al Thani, Qatar

Seorang pegawai bank, pelabur dan usahawan hartanah, Sheikha Hanadi merupakan salah seorang ahli perniagaan yang paling berjaya dalam sejarah ekonomi Qatar. Selain daripada menjadi penasihat khas di Standard Chartered Bank, beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi projek Al Waab City.
  
Selain itu, Hanadi adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Nasser bin Khaled Al Thani & Sons Group. Kekayaan keluarga Thani dianggarkan hampir $15 bilion.

(7 Gambar) Rumah Mewah Mahligai Cinta Fizo Dan Mawar

7 Gambar Rumah Mewah Mahligai Cinta Fizo Dan Mawar | Bahagianya fizo dan mawar ni. Rumah pun cantik. Beruntung la badan. Kami dari syokkmedia doakan agara sentiasa bahagia sampai hujung nyawa

7 Gambar Rumah Mewah Mahligai Cinta Fizo Dan Mawar

Rumah yang baru di ubah suai sangat-sangat lawa. Beruntung la fizo dan mawar ni.

Jom kita layan beberapa gambar rumah fizo dan mawar








Bestnya dapat rumah idaman macam ni. Korang mesti nak jugakkan?
Ini la serba sedikit gambar rumah yang sudah siap di ubah suai fizo dan mawar.

Rabu, 22 Juli 2015

13 Kelebihan Hebat Yang Dimiliki Azwan Ali Dari Kacamata Peminat

WALAUPUN namanya sering kali dikaitkan dengan pelbagai isu-isu kontroversi namun ada juga kelebihan yang dimiliki Azwan Ali yang dinilai menerusi kaca mata peminat setianya.
Menerusi laman Instagramnya, ada beberapa peminat setia Azwan yang gigih mengemukakan dalil-dalil tentang kebaikan dan kelebihan dimiliki figura yang pernah mengendalikan program Melodi ini.
Nak tahu apa kelebihan Azwan dari kaca mata peminatnya, nah baca list bawah ini yang disenaraikan oleh peminat Azwan bernama Amoijan:
1. Azwan Ali seorang yang baik.
2. Tidak hipokrit.
3. Seorang yang bertanggungjawab, sanggup hantar kitaorang balik sampai ke rumah dengan selamat masa open house dulu. Kalau artis lain tak pernah buat ini.
4. Penasihat yang baik suruh kami jaga diri elok-elok.
5. Suka kucing sama dengan saya.
6. Tak berlagak.
7. Tak sombong.
8. Suka selfie macam saya juga.
9. Berani kerana benar.
10. Lemah lembut bila bercakap.
11. Orangnya nampak macam garang tapi sebenarnya baik sangat.
12. Suka bergurau.
13. Ni yang saya suka, dia nampak muda selalu, keikhlasan di hati akan terpancar di wajah.
azwanali1
Bukan hanya Amoijan sahaja yang mengidolakan Azwan ni, lelaki dikenali sebagai Arif Blur ini turut menyenaraikan kelebihan-kelebihan yang dimiliki selebriti lelaki ini.
azwanali2
Wow! Kutuklah macam mana pun, pasti ada peminat yang akan membela segala tingkah laku Azwan.
So, buat semua selebriti di luar sana, jangan cuba-cuba cari pasal dengan Azwan tau sebab dia ada banyak peminat setia yang sudi membela jika namanya terpalit dengan kontroversi lagi selepas ini. – MYNEWSHUB.CC