Selasa, 30 Juni 2015

Sikap Azwan Ali Bukan Sikap Muslim Berpuasa – Mufti Perak

BERIKUTAN episod kontroversi yang melanda figura bergelar Diva AA, iaitu Azwan Ali dua tiga hari ini, ia turut mendapat perhatian agamawan terkenal, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.
Beliau yang juga Mufti Perak menyamakan sikap biadab yang ditonjolkan Azwan melalui laman sosialnya seperti seorang fasik kerana hal itu mencerminkan dirinya sebagai seorang Islam.
Dr Harussani juga berkata, tindakan yang dilakukan adik kepada MB Selangor itu tidak menggambarkannya sebagai Muslim yang sedang berpuasa.

BERKAITAN: Kes Menate – Azwan Ali Akhirnya Mohon Maaf

Harussani-Zakaria1-270713_600_420_100
Memetik kenyataannya dalam portal Astro Awani Dr Harussani berkata, “Sikap dia bukan sikap Muslim yang berpuasa. Bulan puasa begini kita hendak lahirkan orang yang bertakwa.
“Jadi apa yang dia lakukan itu menggambarkan sifat fasik. Dia seperti tidak menghormati bulan Ramadan. Apa yang dia cakap bukan macam orang berpuasa.
“Tuduh menuduh dan memaki orang lain bukan sifat Muslim. Dia bukan sahaja menuduh malah kenyataannya penuh dengan prasangka buruk.”
Dalam perkembangan terbaharu isu yang melanda bekas pengacara Melodi itu, Azwan akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial semalam.
Begitu pun ramai yang menganggap ayat dalam permohonan maafnya itu pun tak mencerminkan dia benar-benar insaf melainkan atas dasar hormat kepada Rani Kulup semata-mata.
Apa pun kalau betul-betul mengakui kesalahannya, baguslah. Tapi kalau meminta maaf hanya kerana terpaksa, nampaknya Azwan perlu belajar untuk merendahkan ego dan mengakui kesilapan dengan ikhlas.
Nah, anda harus tonton rakaman video terkini berdurasi 15 saat ini dan nilailah sendiri adakah Azwan benar-benar memohon maaf atau… – MYNEWSHUB.CC

AYAHANDA RANI DAN AZWAN



#Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup hari ini memberi amaran kepada Azwan Ali supaya meminta maaf atau bakal dilapor polis di atas kelantangan mulutnya....

#Menurut Rani Kulup, Azwan Ali patut sedar yang dia adalah orang Melayu dan tidak patut menghina keturunan sendiri....

#“Azwan Ali perlu sedar diri yang dia itu pun orang Melayu. Dia hina orang Melayu, dia sendiri pun keturunan Melayu juga. Dia perlu minta maaf atas apa yang dia buat....

#“Ayah bagi tempoh masa seminggu untuk dia berbuat demikian, sekiranya dia masih gagal untuk minta maaf, ayah akan lapor pada pihak berkuasa. ‘Sangkut’ dia nanti,” kata Abdul Rani....

#Tambah Abdul Rani lagi, tempoh seminggu itu diberikan kerana sekarang adalah bulan Ramadan....

#"Dia tidak boleh kata Melayu itu anjing, Melayu neraka. Itu salah. Itu dikira menghina orang Melayu. Ayah bagi kelonggaran sikit sebab ini bulan puasa. Hari baik, bulan baik. Kalau tidak, sudah lama ayah lapor polis...!

#Kalau minta maaf pun, itu bukan satu perkara yang hina," tambahnya Abdul Rani lagi.

#Sebelum ini Azwan Ali memaki hamun seorang gadis yang mencadangkan restoran "Menate" setelah ditanya oleh selebriti itu di Twtitter....

#Seperti tidak mahu mengalah, Azwan Ali terus-menerus mengkritik wanita berkenaan dengan mengelurkan kata-kata yang kesat seperti digelar anjing dan binatang....

Rakan Artis Nasihat Azwan Ali Agar Kawal Kemarahan

SIKAP angkuh Azwan Ali yang ‘menyembur’ seorang pengikut Twitter dan menghina pemilik Me’nate Steak House bukan sahaja membuatkan netizen berasa kurang selesa, malah mendapat perhatian rakan artis yang lain.
Baru-baru ini, pelakon senior Azhar Sulaiman tampil menasihatkan Azwan yang juga adik kepada Menteri Besar Selangor itu supaya mengawal kemarahan agar tidak dibenci masyarakat sekeliling.
Menerusi laman Facebooknya, Azhar menasihatkan Azwan supaya tidak melayan orang awam dengan terlalu kasar kerana akan membawa kerugian bila dibenci oleh masyarakat.
Katanya sebagai orang lama dalam industri, Azwan sepatutnya lebih tenang berdepan dengan apa-apa situasi.
“Fuhhhh….Mengapalah boleh jadi sampai macam ni…Bro Azwan….as a brother to you, i rasa kita takleh lah brutal sangat macam ni dengan public.
“Kitakan orang lama dalam industry. I am still ur friend and hope you will be cool after this. Unnecessary bro….rugi kita dibenci orang ramai. I love you bro!” tulisnya.
Pada sebuah lagi statusnya yang lain, Azhar memuat naik gambar pemainan Angry Bird“Anger Management’ dengan kapsyen “Mungkin ini boleh membantu”, dipercayai ditujukan kepada Azwan Ali. – MYNEWSHUB.CC
azhar2

Senin, 29 Juni 2015

Ramai Terkejut Dan Memuji Azwan Ali Semakin Kacak Dan Kurus


#Jika anda pengikut setia Azwan Ali sudah tentu anda akan melihat perubahan fizikal Azwan Ali yang semakin kurus dan bergaya.

Azwan Ali kini memang dah kurus dan bertambah handsome. Ramai juga yang terkejut dengan perubahan positif fizikal Azwan Ali ini.

Azwan Ali ada memuatnaik gambar beliau memakai blazer lama yang dah laman dia tak muat. Dulu tak muat sekarang dah boleh pakai.

Ramai follower memujinya dan juga tertanya-tanya apa rahsia Azwan Ali kurus.

Selebriti ini ada memuatnaik gambar sedang bersenam di gym dan mungkin inilah rahsianya. HOTLIPSCORNER







Luahan Peminat Yang Mendedahkan Perangai Sebenar Azwan Ali


Siapa yang tak kenal dengan Azwan Ali diva popular tanah air Malaysia. Dengan telatahnya yang laser dan mulut yang pedas, banyak sahaja diva in mencipta kont0versi.

Namun baru-baru seorang peminat telah meluahkan perasaannya tentang pengalamannya duduk makan semeja dengan Azwan Ali.

Jom dengar luahan peminat tersebut:

Lama dah tak nampak abg wan kat ig. ingatkan g mekah tak balik2. haha.. kelmarin tetiba kepala otak ni tertanya tanya mana azwan ali dah lama tak menjelma dlm ig. tup tup hr ni muncul pulak.. alhamdulillah. helo, ni cerita benar tao. tp aku pendekkan. 

kisahnya waktu kahwin si perempuan jawa cantik linda onn yg diadakan di restoran arab jln ampang. aku terlambat dtg kemajlis tu.. dah sah2 ramai giler segala bagai artis seleberiti dn org ternama yg hadir.. aku semeja dgn azwan ali. bila aku masuk, bnyk mata yg memandang aku dgn pandangan yg mcm sial je. segelintirnyalah. waktu aku nk duduk semeja dgn azwan ali, dah sah2 kerusi tu khas buat aku. tp ada bebrp umat ni, yg mcm kepelikan tgk aku. tak tao lah mgkn sbb aku ni hensem sgt yg sampai diorg tergamam tgk aku ataupun sakit hati tgk wajah aku yg hensem sgt ni kan.. tp aku hormat cara azwan ali yg org kata dia mcm setan ke apa sekalipun. punyalah merendah diri.. molek tutur kata dan muka pun manis je. tak mcm bebrp umat yg lain, dia buat muka pelik dan ketat. nampak sgt hipokrit. eee...! knp perlu jd hipokrit ek?! tak faham tol aku. 

tp azwan ali yg org duk canang mulot mcm celaka lah, perangai mcm setan lah dan segala bagai, sebenarnya azwan ali lg mulia drpd umat2 yg hipokrit tu td. rugi jadi manusia yg sombong, bodoh, berlagak, riak dan mengada-ngada ni.. aku suka keperibadian kau abg azwan! assalam.

Nampaknya walaupun ramai berkata yang macam-macam kepada Azwan Ali, namun sebenarnya masih ada sisi baik dalam dirinya. See, inilah salah satu darinya.



Azwan Ali hina Adibah Noor sebagai Dinasour (2 Gambar)


Azwan Ali, ratu jantan bermulut puaka tidak dapat dipertikaikan lagi. Kami agak jelik melihat perangai dia ni, boleh kata laser tidak bertempat dan selamba mencaci orang di twitternya.
Semalam, Azwan dilihat menghina dan melabelkan seorang artis dengan dinasour. Dinasour bermaksud seseorang itu mempunyai badan yang agak besar berbanding sekelilingnya.
Antara artis yang terkesan dengan kata-kata Azwan itu ialah Adibah Noor yang kemudian dilihat membalas twitter dengan melabelkan Azwan sebagai lelaki yang gemar solek dan bergincu. Adibah juga tidak akan memaafkan Azwan yang telah melabelkannya sebagai Dinasour.
mediamalaya.com

Kisah Benar Jaafar Onn Didakwa Sihir Azwan Ali Terbongkar

Kisah Benar Jaafar Onn Didakwa Sihir Azwan Ali Terbongkar | Pelakon terkenal, Jaafar Onn telah dihina dengan panggilan bapuk tua selain meyamakannya dengan anjing oleh segelintir artis sejak kebelakangan ini.

Kisah Benar Jaafar Onn Didakwa Sihir Azwan Ali Terbongkar

Namun, dia sedikti pun tidak terkesan dengan hinaan berkenaan bahkan sudah lali dengan pelbagai tohmahan sepanjang bergelar artis.

“Saya nak pesan di sini, saya ni orang tua. Bila nak cakap sesuatu, nak kata sesuatu, fikirkanlah dahulu kata-kata itu,” katanya.

Personaliti berkenaan dikatakan berbuat demikian selepas mengesyaki Jaafar Onn telah melakukan perbuatan syirik dengan menyihirnya.

Namun, personaliti berkenaan menafikan dia memuat naik status dan gambar Jaafar Onn sebaliknya mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tambah artis veteren itu, dia sudah lama tidak berurusan dengan personaliti berkenaan dan terkejut bagaimana boleh timbul isu kononnya dia menyihir individu tersebut.

“Apa tujuan saya nak sihirkan dia? Siapa dia? Saya tidak pernah ada apa-apa urusan dengan dia pun? Jadi perlukah menuduh saya sedemikian rupa. Saya bersumpah tidak melakukan perbuatan itu,” tambahnya lagi - Murai

Amir Raja Lawak Dedah Sikap Azwan Ali


Menerusi blog hotlips-yuya.blogspot.com mengatakan Hubungan antara Amir Raja lawak dan Azwan Ali kerana Amir menaik status mengenai Azwan Ali


#Apa sebenarnya hubungan Amir Raja Lawak dan Azwan Ali?

Sejak gambar kontroversi Azwan Ali selfie MH17 yang menjadi bahan bualan orang ramai, banyak artis yang turut memberi komen.

Antaranya ialah kecaman dari Sharnaaz yang menimbulkan pergaduhan besar dengan Azwan Ali. Terdapat juga pendedahan dari Diana Rafar tentang perangai Azwan Ali ini (baca sini).

Kini tiba giliran Amir Raja Lawak. Amir sememangnya aktif di instagram. Akhirnya tergerak hati Amir Raja Lawak untuk memberi komen.

lihat komennya:



Sumber hotlips-yuya.blogspot.com

Kini giliran Raja Azmi pula dimaki hamun Azwan Ali di Instagram

@#Selepas heboh di laman sosial, kerana azwan ali memaki hamun seorang peminatnya yang mencadangkan restoran makan yang bernama Menate , kini viral pula apabila Raja Azmi di maki Azwan Ali kerana menegur ramadhan yang salah.



INILAH KOMEN CHEF PAK MUS, SELEPAS AZWAN ALI MENGHINA RESTORANNYA




INILAH KOMEN CHEF PAK MUS, SELEPAS AZWAN ALI MENGHINA RESTORANNYA

Pemilik Me'nate Steak House telah memberi respon dengan memberi sedikit komen tentang isu yang melanda Azwan Ali yang dilihat meroyan secara tiba-tiba kepada seorang gadis.

Chef Mustaffa yang lebih mesra di sapa Pak Mus telah memberi komen yang menyebabkan ramai terperanjat kerana kata-katanya yang penuh merendah diri langsung berbeza dengan sikap bodoh sombong Azwan Ali.

Jom baca komen dari Pak Mus tentang kontroversi yang dikaitkan dengan restorannya:

Mungkin si Azwan Ali tidak kenal dengan Pak Mus namun caranya memandang hina restoran Menate Steak House memperlihatkan betapa sempit dan ceteknya pemikirannya.

BACA JUGA - AZWAN ALI MAKIN BIADAP!

Pak Mus yang merupakan pakar daging pernah berkerja dengan Ratu Elizabeth dan sememangnya layak mempunyai gelaran Master Butcher.

Salute kepada Pak Mus dan Menate Steak House. Semoga peniagaan Chef Mus semakin berkembang maju.

Ini antara komen paling sadis dari Azwan Ali:


Syaitan dah tak ada.. Mungkin, Si Azwan Ali ini ingin mengambil tugas syaitan di bulan Ramadhan ini.

Selepas dikiritk satu Malaysia akan sikap biadapnya, sekali lagi Azwan Ali mengeluarkan video minta ditampar.

Elizabeth Tan Ada Bukti Tunang Adira Curang

TIDAK dinafikan penyanyi tinggi lampai yang semakin meningkat naik namanya ini memang cantik orangnya.
Sampaikan sebelum ini pun, pernah keluar gosip mengatakan Elizabeth Tan dihimpit beberapa VIP yang mahu berkenalan lebih rapat dengannya.
Walaupun begitu, Elizabeth atau Lizzy tetap dengan pendiriannya yang enggan dikaitkan dengan mana-mana jejaka memandangkan dia mahu bakat seninya lebih ditonjolkan dalam persada seni.
Namun begitu, baru-baru ini nama si cantik manis ini terpalit dengan kontroversi yang tak diundang apabila dituduh sebagai individu yang menjadi dalang kepada putusnya ikatan pertunangan di antara penyanyi Adira dan tunangnya, Shahrul Nasrun yang merupakan Pengerusi Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia.
Tak senang dengan tuduhan itu, Lizzy membalas kenyataannya menerusi sebuah portal mengatakan dia mempunyai bukti yang menunjukkan Shahrul yang mula mengoratnya sebelum ini.
Namun, Lizzy tidak pernah melayani sebarang agenda ‘flirting’ Shahrul memandangkan dia mengetahui jejaka itu merupakan tunang kepada Adira.
“Masa saya mula-mula mengenali Shahrul, saya memang tak tahu dia sudah bertunang malah daripada cara dia sendiri dari awal pun memang dia nak mengorat. Jika ada orang nak salahkan saya, saya ada bukti yang dia flirt dengan saya and I’m not flirting back (saya tidak melayannya).
“Saya dapat tahu dia sudah bertunang pun dari salah seorang jurusolek. Bila saya tahu situasi yang dia sudah bertunang dan nasihatkan demi kebaikan, Shahrul pernah kata – girlfriend je pun (merujuk kepada Adira). Jika saya salah, Adira sudah lama akan jumpa dengan saya,” kata penyanyi berusia 22 tahun itu lagi.
Sementara itu, Adira pula berharap semua pihak di luar sana tidak lagi menuding jari menyalahkan Lizzy sebagai punca pertunangannya terputus.
Sebaliknya, dia mengakui Elizabeth tidak bersalah langsung dalam hal tersebut.
“Kalau boleh saya tidak mahu nama Elizabeth Tan terus dikaitkan dengan punca sebenar perpisahan kami kerana dia tiada kaitan dalam hal ini. Bagi saya, perpisahan ini adalah ketentuan Ilahi dan tiada siapa mampu menghalangnya. Setiap manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Inilah ujian dan ketentuan yang perlu saya terima.
Adira juga enggan memberikan penjelasan lanjut hal apakah yang sebenarnya berlaku sehingga membawa kepada pengakhiran hubungan mereka.
“Kami sudah putus tunang secara rasmi sejak Mei lalu. Maaf. Ia terlalu peribadi untuk dikongsikan. Lagipun saya mahu menjaga nama baik kedua-dua belah pihak. Saya tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan punca sebenar keretakan hubungan kami walaupun ramai yang sudah membaca berita ini di laman sosial. Biarlah mereka sahaja yang buktikan asalkan bukan daripada mulut saya,” ujar penyanyi kelahiran Sabah ini.
Bertabahlah Adira, mungkin sudah tertulis bukan jodoh Adira dengan Shahrul.
Mungkin semua perkara yang berlaku ini ada hikmahnya tersendiri.
Mana tahu dengan kisah perit putus tunang ini boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk Adira mencipta lagu yang boleh meletup seperti mana yang sering diaplikasikan Taylor Swift jika dia putus cinta?
Mana tahu lagu tu boleh boom? Tak cuba tak tahu kan..
– MYNEWSHUB.CC

Amelina Dikritik Pakai Seksi Di Bulan Ramadan



PENYANYI dangdut yang membuat kemunculan semula selepas hampir 15 tahun menghilang dari industri seni tempatan, Amelina dikritik netizen gara-gara berpakaian seksi di bulan Ramadan.
Rata-rata memberikan komen pakaian yang digayakan pelantun lagu Asyik itu agak ketat dan tidak manis dengan statusnya sebagai ibu kepada lima orang cahaya mata selain tidak menghormati bulan mulia ini.
Antara komen yang dititipkan adalah “tak ada gunanya kalau masih jaja aurat merata dunia buat tatapan ramai” dan “macam ni rupanya pakaian di bulan puasa. Tak ada apalah yang akan dapat. Baik tak payah puasa.”
amelina
Hmm, siapalah kita nak mengkritik orang, kalau pun dia berpakaian agak menjolok mata, bahasa-bahasa yang dituturkan pengomen ini pun perlu juga ditapis. Gaya komen kadang-kadang macam orang tak puasa!
Mungkin Amelina khilaf di situ apabila menggayakan pakaian yang kurang sesuai namun kan lebih molek kalau bagi nasihat elok-elok..
Nak bagi nasihat kat orang kena ada adab juga bang oi, jangan main sembur je. Tak gitu?
– MYNEWSHUB.CC

Walau Ditolak, PM Tetap Hulur Mak Cik RM5 Untuk Lempeng Pisang




Tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima. Mungkin itu prinsip yang diamalkan pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketika mengunjungi Bazar Ramadan Astaka di Setiawan, Perak baru-baru ini, sebuah gerai kecil menjual kuih tradisional, lempeng pisang dan pulut udang telah mencuri pandangan beliau.

Hormat Tun M, Najib Takkan Serang Peribadi Mantan PM Itu

Mynewshub diberitahu, Najib mendekati gerai tersebut lantas memesan juadah berbuka puasa dari seorang wanita tua.
“Berapa harga?,” soal Najib kepada mak cik tersebut.
Namun, wanita tersebut lantas menjawab, “Ala… Tak payah Datuk Sri, tak payah… Saya bagi je.”
Walau bagaimanapun, Najib dilihat tetap menghulurkan not hijau bernilai RM5 ringgit kepada mak cik berkenaan bagi juadah yang dibelinya.
Ya, wanita tua itu bertindak demikian kerana gerangan yang muncul di kedainya itu bukanlah calang-calang, tetapi Perdana Menteri negara. Lebih mengujakan lagi, beliau turut membeli juadah yang dijualnya.
Makcik berkenaan segan kot pada masa tu.
Namun bagi Najib, ia bukan alasan untuk menidakkan kudrat tulang empat kerat mak cik berkenaan mencari rezeki.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Najib Tun Razak Meluangkan Masa Di Bazar Ramadan Astaka, Setiawan

Ibu Tiri Dera Budak 5 Tahun Dirasuk Ketika Direman

Ibu Tiri Dera Budak 5 Tahun Dirasuk Ketika Direman

Ibu Tiri Dera Budak 5 Tahun Dirasuk Ketika Direman


Ibu Tiri Dera Budak 5 Tahun Dirasuk Ketika Direman | Pihak polis telah berjaya menahan pasangan suami isteri yang dipercayai mendera kanak-kanak berusia lima tahun sejak enam bulan yang lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim menyatakan suspek berusia 25 dan 39 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Jalan Bayam, Kota Bharu sekitar jam 9 malam malam semalam.

#Pada 25 Jun lalu, ibu kandung kepada kanak-kanak berusia 5 tahun yang menjadi mangsa dera telah membuat laporan polis mengatakan anaknya yang dijaga oleh ibu tiri serta bekas suaminya mengalami kesan kecederaan lama dan baru, kesan parut, badan kurus dan berada dalam keadaan lemah.

Menerusi satu sumber, ibu tiri yang maha kejam itu dikatakan telah histeria atau dirasuk ketika direman oleh pihak polis. Namun, kesahihannya masih lagi samar-samar.

Lihat video di sini

Gambar gambar mak tiri














Minggu, 28 Juni 2015

AZWAN VS SHARNAAZ

AZWAN VS SHARNAAZ


#Dunia hiburan kita kadangkala memang kelakar apabila sesama artis bertikam lidah gara-gara kena tegur atau tidak sependapat. Contoh paling terbaru ialah antara Sharnaaz Ahmad dan Azwan Ali disebabkan gambar selfie..... 

#Semuanya bermula apabila Sharnaaz menyelar tindakan Azwan yang masih sanggup berselfie ketika rakyat Malaysia sedang berkabung menyambut kepulangan jenazah warga negara ini yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, pada 22 Ogos lalu..... 

#Selepas itu, Azwan pula mengkritik Sharnaaz di laman Instagram. Meskipun tidak ditulis secara jelas siapa yang dimaksudkan Azwan, namun ramai yang dapat meneka siapa orangnya....


#"Saya tak nak komen banyak mengenai hal ini. Satu saja saya nak cakap kepadanya, mohon maaf pada bangsa sendiri sebelum ajal datang menjemputnya.... 

#"Tak ada apa lagi yang saya boleh katakan kepada lelaki berpendidikan tinggi sepertinya yang sanggup memperbodohkan diri sendiri kepada masyarakat Melayu," kata Sharnaaz dipetik sebagai berkata.... 

#Akibatnya, Azwan di laman Instagramnya memuat naik komen yang seolah-oleh mencabar Sharnaaz termasuklah isu cintanya dulu dengan Shila Amzah. Tambah Azwan, dia tidak mahu melayan artis gred biasa.... 

#"Dah tahu diri tu sejijik jijik.ahli neraka? Ada hati nak cross ? Kannn dah kena blocked ?" komen Azwan....