Selasa, 28 April 2015

Punca Pekerja KFC Tunjuk Isyarat Lucah



Video seorang pekerja wanita KFC menunjuk isyarat lu-cah tersebar di laman Facebook sejak 14 jam yang lalu dan telah mendapat 2,521 shares di laman berkenaan.Insiden terbabit berjaya dirakam oleh pelanggan premis makanan segera itu dan dimuat naik oleh laman Facebook komuniti Cina.

Difahamkan, seramai 15 atau 20 orang pelajar sekolah berkunjung ke KFC Taman Putra untuk makan tengah hari.Oleh kerana jumlah mereka terlalu ramai, mereka mencadangkan agar kerusi dan meja digabungkan supaya mereka boleh duduk bersebelahan masing-masing.

Salah seorang daripada pelajar terbabit meminta pekerja KFC berkenaan mengemaskan satu meja yang masih terdapat saki baki makanan pelanggan terdahulu agar mereka dapat mengabungkan meja seperti yang diinginkan.

Namun, wanita itu tidak membenarkan pelajar terbabit mengabungkan meja-meja itu atas sebab akan menghalang laluan serta akan membawa kepada pelanggan yang lain juga turut berbuat demikian."Takkan dia nak biarkan kami duduk berasingan? 4 orang semeja ?," kata pelajar terbabit.

Mereka tetap mahu mengabungkan meja-meja tersebut dan tindakan mereka itu menyebabkan wanita itu berkata,"Lebih baik awak semua makan di luar,".

Kata-katanya membuatkan para pelajar terbabit terkejut dan tidak menyangka mereka sebagai pelanggan diperlakukan seperti itu."Patutkah dia berkata seperti itu kepada pelanggan? Bila diminta mengemaskan meja, muka masam mencuka dan nampak sangat tak selesa dengan kehadiran kami," luah pelajar berkenaan.

Akan tetapi, para pelajar terbabit tidak berkecil hati dengan pekerja terbabit dan beranggapan mungkin wanita berkenaan tertekan dengan kerja atau perkara lain.Keadaan bertambah buruk apabila wanita itu mula bertindak merakam gambar dan video mereka.

"Kami dah mula rasa pelik. Dia pandang dan jeling ke arah kami. Dan semasa makan, tiba-tiba terdengar bunyi shutter click dari arah dia (pekerja KFC) yang sedang merakam gambar / video kami."Kami hanya datang untuk makan, apa salah kami ?," kata salah seorang pelajar berkenaan.





Berasa dalam keadaan yang tidak selamat, salah seorang pelajar berkenaan juga turut mengeluarkan telefon bimbitnya merakam gambar / video wanita itu.Menyedari dirinya dirakam oleh pelajar berkenaan, wanita itu segera meninggalkan tempat itu dan menunjukkan isyarat lu-cah 'terhadap sekumpulan pelajar itu.

"Sikap biadapnya kami boleh terima. Tetapi menunjukkan isyarat lu-cah? Bagaimana KFC ambil pekerja mereka? Kami hanya pelajar sekolah, bukannya beli minuman berkarbonat dan lepak di KFC untuk 3 4 jam. Kami berbelanja untuk makan di sini," katanya yang juga mahu KFC mengambil tindakan terhadap pekerja terbabit.

* Tudung sekarang banyak murah


credit artikel : http://www.thehypemedia.com/

Senin, 27 April 2015

Wanita Sanggup Buat Ape Sahaja Kalau Dah Sayang..


Tapi dah jadi dengan perempuan ini...?

Orang kata bila dah sayang, kita sanggup buat apa saja. Korban selagi ada, bagi selagi boleh, ikut selagi mahu, tolong selagi daya. Takde sebab lain. Satu-satunya kau buat atas tiket sayang.

lihat video di  bwh

Orang kata bila dah sayang, kita sanggup buat apa saja. Korban selagi ada, bagi selagi boleh, ikut selagi mahu, tolong selagi daya. Takde sebab lain. Satu-satunya kau buat atas tiket sayang.
Posted by Warung Dot My on Tuesday, 21 April 2015


Fiza Halim Keguguran Selepas Hamil Tujuh Minggu

PETALING JAYA: Penyanyi Adam (AF) memberitahu isterinya, aktres Fiza Halim mengalami keguguran anak pertama mereka pada penghujung Mac lalu selepas disahkan hamil tujuh minggu.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 32, berkata, biarpun sedih namun mereka reda dengan ketentuan Illahi selain menganggap masih belum rezeki memiliki cahaya mata untuk perkahwinan berkenaan.

"Apabila mendapat perkhabaran isteri mengandung sudah tentu saya gembira kerana kehadiran cahaya mata akan mengeratkan lagi kasih sayang kami namun sudah tiada rezeki kami apabila dia mengalami keguguran.

"Kejadian berlaku pada akhir Mac lalu ketika kandungannya memasuki usia tujuh minggu," katanya kepada mStar Online.

Adam ditemui pada sidang media program Maulid Akbar Selawat Perdana 1436 Hijrah yang diadakan di Hotel Royale Chulan The Curve di sini, Isnin.

Acara tersebut bakal menampilkan lebih 25 ulama agama terkenal dan berpengaruh dari seluruh dunia di ketuai Habib Umar Hafidz dari Yaman itu akan berlangsung di Dataran Putra, Presint 3, Putrajaya pada 8 Mei depan.
Adam dan Fiza semakin bahagia melayari bahtera rumah tangga.
Dalam pada itu, Adam berkata, kontroversi yang melanda rumah tangganya sebelum ini membuatkan mereka lebih rukun dalam melayari kehidupan sebagai suami-isteri.

Jelas Adam, dia tidak pernah menyesal dengan apa yang terjadi sebaliknya memberitahu kejadian tersebut mematangkan dan mengeratkan lagi kasih sayang di antara mereka.

"Apa yang terjadi dalam rumah tangga kami sebelum ini ada hikmah disebaliknya selain ia menjadi pengajaran buat kami berdua.

"Alhamdulillah kami kini lebih matang dalam menjalani kehidupan sebagai suami-isteri dan berharap semua dapat mendoakan kebahagian kami," katanya.

Adam dan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 34, bernikah pada 26 September 2013 hanya selepas dua bulan berkenalan.

Namun pada 28 April 2014 iaitu selepas tujuh bulan bergelar suami-isteri, kedua-dua mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.

Bagaimanapun, selepas menyedari kesilapan masing-masing, pasangan itu akhirnya sepakat untuk kembali rujuk pada 17 Julai 2014.
Sebelum itu Fiza pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq, mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 6, dan Feeya Adyrra, 5.

Ia merupakan perkahwinan pertama buat Adam.
Sementara itu, bercakap mengenai kariernya, Adam berkata, dia bakal melancarkan single terbaharu berjudul Berani Berjaya hasil ciptaannya sendiri.

Jelas Adam, lagu berkenaan menampilkan konsep pembakar semangat dan kerohanian namun masih mengekalkan muzik pop sesuai dengan cita rasa pendengar.

"Selain lagu berkenaan saya juga kembali bekerjasama dengan Edry Abdul Halim menerusi lagu Tahan Lama dan kedua-dua lagu ini memberi satu dimensi lain dalam karier sejajar dengan peningkatan usia saya.

"Insya-Allah ia akan dilancarkan selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri nanti dan berharap ia dapat diterima baik oleh peminat," katanya.

Baca selanjutnya: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/04/28/fiza-halim-keguguran/

Panas! Gadai Tubuh Dan Maruah Asal Puas Nafsu!


Gambar Hiasan

Kuala Lumpur: Penggunaan Internet tanpa batasan ditambah pula dengan pemikiran bahawa wang adalah segala-galanya, mengaburi mata anak muda hingga sanggup menggadaikan maruah diri dalam mencari keseronokan hidup.

Pakar Psikologi Kaunseling, Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata, faktor berkenaan adalah punca kematangan fikiran dan nilai murni dalam diri anak muda hari ini semakin terhakis hingga sanggup membelakangkan agama.

“Realiti kehidupan pada masa kini sememangnya semuanya memerlukan wang, memang diakui desakan keperluan itu memancing anak muda untuk hidup bermewah dan mengejar keseronokan dunia semata-mata.

“Sikap sebegini mudah menghasut pemikiran anak muda apabila nilai dalam diri sudah lompong dan wujudnya nilai baru yang anti tradisional seperti budaya kebaratan serta nilai hiburan yang melampau.

“Malah, seiring dengan perkembangan teknologi dan Internet yang digunakan meluas tanpa panduan dan batasan juga mengakibatkan golongan muda mudah terpengaruh dengan bermacam-macam kaedah untuk hidup mewah sedangkan penggunaan medium itu seharusnya dimanfaatkan untuk kebaikan,” katanya mengulas ‘Money Boy’ menawarkan khidmat kepada kaum sejenis mahupun wanita melalui Internet.

Semalam Metro Ahad mendedahkan kegiatan segelintir lelaki muda tempatan dikesan aktif meraih pendapatan lumayan dengan menawarkan khidmat sebagai teman lelaki upahan atau ‘Money Boy’ sehingga ke hubungan ranjang.

Lebih menyedihkan, kegiatan tidak bermoral itu membabitkan penuntut universiti awam serta kolej selain golongan profesional dan kakitangan swasta dengan menawarkan khidmat termasuk sesi urutan dan seks yang dilakukan di hotel mahupun rumah.

Dr Mohamed Fadzil yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berkata, masalah seumpama ini tidak harus dituding kepada golongan muda semata-mata sebaliknya semua pihak perlu berperanan untuk membetulkan keadaan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/46678#sthash.NqQJhKKU.dpuf

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya..

Video Aksi Gedik Ayda Jebat Di Airport ?


Ayda Jebat antara artis yang sedang meningkat naik sekarang.


Tahniah di atas kemenangan beliau merangkul anugerah artis baru popular #abpbh tempohari.

Menurut kenalan, Ayda amat disayangi oleh peminatnya. Lihat sahaja aksi gila-gila Ayda Jebat dalam video ini. Memang bersahaja.

Patutlah disenangi ramai kan?


Nama dan identiti Model Kontroversi Buka Baju Di Dedah Kan


Wanita yang megemparkan  di petaling street dengan membuka baju tersebut kononnya bernama Shanna Avril, berasal dari Sabah ? seorang artis tempatan pada tahun 2006 ? adakah benar spekulasi ini ?

Di artikel yang sebelum ini laman Facebook wanita tersebut didedahkan di forum Cari, namun profile tersebut telah dipadam beberapa jam selepas ia didedahkan.




Menurut pengguna laman-laman forum Cari juga, Shanna Avril juga adalah bekas artis tempatan, dia pernah muncul di majalah mangga, mengikuti pertandingan dewi remaja dan juga pernah mengikuti pertandingan pengacara nona dan mendapat tempat ke 2.

Selain itu dia juga pernah belakon, menjadi model dan mengacara. Berikut adalah beberapa keping keratan akhbar metro tentang Shanna Avril.

Adakah betul wanita tersebut adalah Shanna Avril ? tunggu siasatan pihak berkuasa kerana model tersebut kini di tahan positif dadah - BS

Suasana Majlis Aqiqah Fizz Fairuz Dikatakan Terlalu Bermewah2 & Membazir, Tidak Ikut Sunnah?


Niat baik pasangan Fizz Fairuz dan juga Almy Nadia mengadakan majlis aqiqah dan cukur jambul anak mereka semalam nampaknya turut mendapat kritikan dan teguran daripada peminat yang beranggapan bahawa majlis tersebut adalah membazir dan tidak disyorkan di dalam agama Islam.



Namun di sebalik teguran yang ditulis peminat tersebut di laman sosial yang turut mempertikaikan majlis tersebut kerana campur aduk lelaki dan wanita, dalam masa yang sama turut mendoakan pasangan tersebut diberi hidayah oleh Allah.



Semalam telah berlangsung majlis aqiqah anak Fizz Fairuz dan juga Almy Nadia, Nur Afrina Arianna yang diadakan dengan cukup meriah. Selain itu, majlis cukur jambul dan aqiqah tersebut turut diadakan buat anak angkat Almy Nadia, Nur Afrina Darwisyah.


Baca selanjutnya: http://www.rotikaya.com/peminat-kritik-majlis-aqiqah-fizz-fairuz-mewah-membazir/

NGERI!! ALIAA MAJIDA MAUT DALAM KEMALANGAN SELEPAS HINA ISLAM


NGERI!! ALIAA MAJIDA MAUT DALAM KEMALANGAN SELEPAS HINA ISLAM \ Dek kerana perbuatan melampau seorang gadis yang berasal dari Mesir, Aliaa Majida Al Mahdi atau dikenali juga Aliaa Magda Elmahdy,23 yang menitiskan darah haidnya keatas kalimah Allah, dia akhirnya maut setelah mengalami kemalangan....

Kami masih belum menerima butir rasmi, namun beberapa gambar dibawah menunjukkan detik2 kematian Aliaa....

Menerusi laman sosial sebelum ini, Aliaa memuat naik gambar dirinya bersama seorang lagi wanita berhijab sedang membuang besar dan memandang belakang sambil menunjukkan jari tengah....

Dia pula memandang hadapan dalam keadaan sedang datang haid....

Najis dan darah mereka dilumur pada bendera kumpulan gerakan penentang di Iraq, ISIS yang tertulis kalimah Allah....

Andainya sahih berita ini, kini kesombongan dirinya tidak dapat lagi diperlihatkan kerana perbuatan kejinya dibayar cash didunia. Alangkah ruginya seorang manusia itu jika belum sempat bertaubat....

Walahu alam....




BUSTED! NYATAKAN BENDA PERTAMA YANG TERLINTAS DI KEPALA ANDA?


BUSTED! NYATAKAN BENDA PERTAMA YANG TERLINTAS DI KEPALA ANDA? | Maaflah kalau OMG! kali ini menghampakan korang dengan artikel terbaru ini. Mungkin artikel yang disajikan OMG! tidak mencapai tahap piawaian korang dan tidak seperti yang diharapkan. Tetapi, secara jujur dan gentleman, apakah benda pertama yang terlintas di kepala bila korang pertama kali menonton video di bawah?

Sila sharekan di ruangan komen ye? Sporting sikit, toksah malu-malu.


\

Gambar Bakal Isteri Zizan Razak Didedahkan


Pelawak, Zizan Razak beberapa hari yang lalu mengumumkan bakal berkahwin dengan 'gadis sekampung' dan dilaporkan telah menghantar rombongan meminang ke rumah gadis berkenaan. 

Ramai yang tertanya-tanya, siapakah gadis bertuah itu? Mana gambarnya?

Hari ini, gambar gadis bernama Nor Edura Diyana Hisham, didedahkan rakan sekampung Zizan.

Individu terbabit mendakwa dia sekampung dengan pelawak yang berusia 24 tahun itu dan kini masih menuntut di sebuah IPTA di Terengganu dalam bidang perakaunan.

Individu itu juga turut mengesahkan gadis dalam gambar yang dikirimkan itu adalah bakal isteri Zizan Razak.

baca selanjutnya:http://www.thehypemedia.com/2015/04/gambar-bakal-isteri-zizan-razak.html

Tersentuh Hati..Video Pelakon Zarina Zainuddin Peluk Erat Anak Autismnya..

Bagi para peminat setia Zarina Zainuddin, sudah pasti sedia maklum bahawa pelakon cantik ini memiliki 2 orang anak istimewa, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai yang menghidap autism.


Bak kata pepatah ‘kasih ibu membawa, kasih ayah sepanjang masa’. Buktinya, 2 video yang baru sahaja dimuat naik oleh Zarina Zainuddin ini betul-betul menyentuh hati kami. - Oh Bulan.

SUNGGUH MENJIJIKAN!! Keadaan Kolam Renang Di Beijing Yang Anda Tidak Patut Pergi!


Inilah keadaan kolam renang di ibu negara China, Kolam yang dipercayai terletak dipusat bandar Beijing ini sentiasa penuh dan padat dengan penduduknya apabila tiba hari cuti dan musim perayaan tertentu..

Tidak pasti kenapa ini boleh berlaku, jika hendak di bandingkan dengan kepesatan pembangunan di China, perkara begini tidak patut berlaku. Lagi pula, China sekarang merupakan di antara negara yang paling ramai melahirkan jutawan untuk tahun 2014 menurut majalah forbes.






Pada pendapat pihak kami, mungkin mereka sedang menyambut perayaan tertentu atau pun ada pertandingan di kolam berkenaan. Akibat terlampau ramai penyertaan, inilah yang akan terjadi. Namun jika sangkaan kami tidak betul, perkara ini sangat menjijikkan..


"Aku Suka Yang Panjang" - Monahara


Berpenampilan berbeza dengan gaya rambut pendek nampaknya belum menjadi pilihan modeling Manohara Odelia Pinot. Monahara mengakui dia lebih berkeyakinan dengan gaya rambut panjang jika dibandingkan dengan tampil berambut pendek.

"Soalnya mukaku bulat, kalau aku potong rambut aku pendek, jadinya aku kelihatan tambah bulat," ujurnya.

Atas sebab alasan itulah mantan isteri putera mahkota Kerajaan Kelantan ini membiarkan rambutnya tetap terurai panjang." Aku masih suka yang panjang, kalau dipotong paling hanya segini (dibawah bahu),"ujurnya lagi.

Tetapi, memiliki rambut panjang bukan bererti Monahara akan rajin merawatnya."Rambutku itu tidak terawat, mana sering dicotak, sering pakai hair spray kan. Semestinya sering ceram bath, tapi aku jarang," katanya.

Cerita ini merupakan cerita lama iaitu Monahara diwawancara di Studio Hanggar, Poncaran jakarta Selatan.